Ini Saya

Monday, August 22, 2011

Balik raya kah?

Soalan ini sangat sensitif (tajuk utama di atas)...uhuks...Aku tak pernah lagi beraya di perantauan. Moga-moga tahun ini aku masih beraya di kampung sendiri, insyaALLAH. Amin. Bagi mereka yang dah ada pengalaman beraya di perantauan bagaimanakah situasi tersebut dihadapi...Berkenaan dengan persiapan raya, korang camner? Dah siap? Pastikan jangan berboros ketika membeli persiapan hari raya. Berpada-pada sudey.

Di kesempatan ini, wantong nak ucapkan selamat berhari raya maaf zahir batin buat blogger-blogger dan pembaca yang dihormati... InsyaALLAH...

p/s: mari mencari lailatulqadar...

Wednesday, August 17, 2011

Pose

yehaaa..selamat berpose...wantong nak sampaikan sedikit tazkirah dihari ini. Pertama jangan mengumpat dibulan pose dan seterusnya dan selamanya. Jaga mata, jaga hati, jaga iman. Sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh melakukan kebaikan sehingga rasa penat nak buat maksiat dan jahat.

p/s: amal dan sampaikan...

Sunday, August 14, 2011

Mahu Maintain Mantap?

Bagaimana saya mahu 'menten' kurus?

Buat ketika ini saya memang kurus...
:
:
Bagaimana saya mahu 'menten' fokus?

Main game, kot....
:
:
Bagaimana saya mahu menten senyum?

Sucikan hati, insyaALLAH...

Wednesday, August 10, 2011

Selamat Berpuasa

yehaaa...selama berpuasta wantong ucapkan. Maafkan wantong kerana agak lama menyepi. Ini disebabkan wantong berada diperantauan dan sukar untuk mendapatkan saluran komunikasi. Apa2 pun selamat menunaikan solat terawikh dan bertadarus buat bagi yang beragama islam.

Tuesday, April 12, 2011

Makan-Makan



P/s: Sila jamu selera

Sunday, April 10, 2011

Ganu kite

Yehaaa...Wantong sedang cuti-cuti Malaysia di Negeri Terengganu Darul Iman...Jom rakan-rakan blog, makan keropok lekor, sotong celur tepung dan yang sewaktu dengannya...

Thursday, April 7, 2011

Transformasi

Wah tajuk utama macam berat, sebenarnya tidaklah berat mana. Wantong baru je pulang perantauan.

rindukan orang tercinta

rindukan suasana kampung halaman

rindukan nak hirup udara negeri terengganu

rindukan futsal

rindukan bola sepak

rindukan blog, rindukan McD

rindukan nak tengok wayang

rindu nak makan sate

p/s: moga-moga dapat di'qada'kan apa yang 'miss', insyaALLAH

Sunday, February 27, 2011

Puisi Wantong Kapur Kasut Sekolah

Bangun pagi-pagi cari kapur kasut sekolah
Sudah lama ku tinggalkan aktiviti tersebut
Hari ini ku ulangi perbuatan tersebut
Kembali mengimbau kenangan lama
Kembali memori-memori indah
Berlari-lari dipadang
Berlari-lari dikantin sekolah
Bermain-main dikolam ikan
Oh indahnya...

Monday, February 21, 2011

Syukur...

Mak wantong sudah selamat menjalani pembedahan...Syukur...

Santapan Fizikal 6

Morning wahai blogger2 sekalian. Mari pekena breakfast dulu sebelum memulakan apa-apa tugasan. Semoga setiap apa yang dilakukan, dibuat dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang, insyaALLAH

Sunday, February 20, 2011

Wantong masuk wad...???


Apa? wantong masuk wad? Ya memang benar wantong masuk wad, tapi bukan wantong yang dirawat, tetapi mak wantong. Jadi mari kita sama-sama mendoakan mak wantong selamat dalam operation esok hari, insyaALLAH.




Akibat kelaparan, jadi wantong pergi jalan-jalan cari makan...Yeahhh...Selamat menjamu selera...

Di persimpangan


Owh, ketika ini aku kepeningan dalam membuat pilihan. Pilihan manakah yang terbaik, bukan untuk diri aku sahaja, tetapi buat insan tersayang terutamanya. Baru aku tahu sukarnya membuat keputusan, "sometimes". Bukannya apa, takut tersalah membuat pilihan, tapi aku sentiasa berdoa agar pilihan yang dibuat mendapat redha dan berkat. Semoga ALLAH s.w.t permudahkan segala urusan ku dunia dan akhirat. Amin.

Saturday, February 19, 2011

Kembali

Akhirnya wantong telah kembali dari perantauan... Owh, masih berkarat nak menulis blog...oh..oh...oh

Saturday, February 12, 2011

Kehidupan

Maafkan wantong buat sahabat-sahabat blogger. Lebih kurang seminggu wantong tidak update blog. Punca utama ialah wantong berada diperantauan dan line internet sukar diperolehi. Hanya berpeluang untuk update blog ketika weekend sahaja. InsyaALLAH.


Saturday, February 5, 2011

Santapan Fizikal 5



Yehaaa...Wahai blogger-blogger sekalian, singgah dulu dan bekpes di sini...

Tuesday, February 1, 2011

Santapan Fizikal 4


Hoho...Mari minum pagi bersama wantong. Betul ke harga RON97 naik lagi...? Hmmm...

Sunday, January 30, 2011

Santapan Fizikal 3


Mari minum pagi sambil berblogging...yehaaa...Mukadimah blogger...

Saturday, January 29, 2011

Santapan Fizikal 2

Menu yang telah siap sepenuhnya...Layan...

Proses menggoreng daging burger...

Nyam-nyam...nuget...

Sekembalinya dari perantauan, perutku kelaparan. Ahli rumah pula tiada, masing-masing dengan hal sendiri. Jadi aku telah selongkar peti sejuk dirumahku mencari 'emas permata' yang berharga untuk diisi dalam perut. Akhirnya ketemu jua.


p/s: minggu lepas punye citer, hari ni baru dapat post...ngeee...weeee

Santapan Fizikal


Sebelum berblogging dengan aktifnya mari sarapan terlebih dahulu...itadakimasu...


p/s: nikmatnyaaaa.....

Saturday, January 22, 2011

Dunia Baru-Episod 2


Yehaaa, inilah bendanya tu... Walaupun ada p.c, tapi masa flexible... Nice...

Maaf, disebabkan baru pindah, jadi inilah hasilnya...Berterabur dan seangkatan dengannya...Huahuahua...


p/s: aku memang suka betul buat entri pendek2...weeeee

Dunia Baru

Ahhaaaa...wantong kembali lagi mengupdate blog yang ditinggalkkan bersawang. Maafkan ku wahai blog. Wantong telah ke dunia baru sejak minggu lepas. Persekitaran yang baru dan macam-macam benda baru. Yehaaa...

Wednesday, January 12, 2011

Meroyan





Dua hari lepas perut wantong meroyan tahap kritikal, jadi wantong kena ulang-alik ke tandas beberapa kali. Syukur bukan cirit-birit, tetapi "easy to flush away"...hehehehe... Oleh itu wantong ke klinik ambil ubat seperti yang tertera di atas. Dengan izin Allah s.w.t. perut wantong kembali ok. Syukur...


p/s: kifarah dosa, terima dengan redha dan penuh rasa syukur serta insaf...

Monday, January 10, 2011

Beli-Belah





Yehaaa... Mari membelah, gambar di atas adalah antara barang-barang yang telah dibeli... Mari main masak-masak. Hati-hati jika membeli santan kelapa. Pastikan anda tidak terbeli santan yang dicampur UBAT atau BAHAN KIMIA yang berbahaya.

Saturday, January 8, 2011

Sindrom dan ketagih

Maaf rakan-rakan...entri pendek...

Sejak akhir-akhir ini, wantong mengalami sindrom yang agak tak tentu hala...

1. Sindrom nak tengok EPL sehingga sanggup berjaga pagi, tapi biasanya tidur selalu menang...

2. Sindrom nak tengok citer Bollywood...

3. Sindrom kesejukan, kelaparan dan ketiduran...uwaaaa....


ketagih...

1. aku ketagih asam-masin...kurang ketagih dah...

2. aku ketagih choki-choki...makin ketagih...


Kepada yang bersolat jemaah di masjid, sila jaga adab-adab masjid

1. masuk ke masjid dengan kaki kanan, dahulukan doa masuk masjid, kalau tak tahu belajar dengan yang tahu...

Thursday, January 6, 2011

Futsal...

Penat bermain futsal...Balik dari futsal lepak pulak dalam bilik yang ada aircond. Hujan pulak tuh. Perghhhh...sejuk...Aku tercari-cari tempat nak tengok EPL pagi nanti insyaALLAH. Rumah aku tiada astro...waaaaaaa....

Wednesday, January 5, 2011

Tayarku di cucuk...? & Pisang Goreng



Haaa...kasihan tayarku itu, telah dicucuk skru yang entah dari mana datangnya. Patutlah bila kereta bergerak, kereta bergegar-gegar. Angkara skru...



p/s:tahun lepas punya gambar




Kisah yang lain...



Selesai saja solat asar, terus aku mencari warung yang jual pisang goreng. Dikala cuaca yang mendung dan sejuk, pekena pisang goreng panas...masyukkkkkk...

Tuesday, January 4, 2011

Teori...? Benar...?

Perasaan mengantuk menguasai diri dipagi hari. Teringat satu rangkap ayat dari cerita "Once Upon Time in Mumbai"...yang lebih kurang macam ni... "thats one habit about girls. When we speak the truth they say were fooling them, and when we fool them they believe it." Aku rasa yang dimaksudkan "we" ialah golongan lelaki. Adakah betul teori ini...?

Kisah yang lain...

Harga teh tarik dan Nestlo ais...setiap satu berharga RM 1.00
Percayalah memang ada harga seperti itu...Di mana?

Monday, January 3, 2011

Mari Menuju Kejayaan

Tahun baru, azam baru, buku log baru., hehehe. Aku telah diberi sebuah buku log baru untuk catatan harian, untuk segala kerja yang dilakukan di makmal. Oh, bahagianya... Aktiviti catit-mencatit bermula dimulakan dengan menulis nama di atas buku log baru itu. Syukurlah setakat ni belum kena punch card. Semoga segala kegigihan dan keazaman berada sentiasa di gear yang paling tinggi, paling maksimum, insyaALLAH. Buat rakan blogger di luar sana, semoga sentiasa gigih dan ikhlas dalam apa jua perkara yang anda lakukan, insyaALLAH.


p/s: jom running agarose gel...

Sunday, January 2, 2011

Ucapan Wantong

Sempena Tahun Baru 2011 sudah berlalu baru satu hari, wantong ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada blogger-blogger yang banyak membantu wantong dalam dunia penulisan secara cyber. Segala tunjuk ajar dan pelbagai tips yang disediakan oleh blogger2 terkenal banyak membantu wantong dan sangat wantong hargai. Semoga ditahun baru ini masing-masing kita berazam untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang, insyaALLAH. Kepada Mak (Lagenda Mahsuri) terima kasih di atas pemberian rama-rama itu. Cantik dan comel.


p/s: dah terlepas nak buat ucapan pada hari pertama 2011...waaaaaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails