Ini Saya

Sunday, December 26, 2010

Malaysia vs Indonesia

Malaysia menang 3-0...yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Boleh ke ? Tak Boleh?

Sambungan kuliah maghrib...

(yang lebih kurang isi catatan macam ini, sedikit tokok tambah dari segi struktur ayat tapi maksud penyampaian hampir sama)

Situasi 1

AAA terjumpa wang RM 50 ditepi, jadi AAA ingin mencari tuan punya duit ini. Tapi apakan daya, tidak ketemu. Jadikan dia ingin membuat kebaikan dengan membelanjakan duit tersebut dengan cara mengajak kawan-kawannya makan direstoran kemudian berniat sedekah ke atas tuan punya duit ini. Moga2 tuan punya duit dapat saham pahala sekali.


Situasi 2

BBB terjumpa duit RM 50 ditepi jalan, jadi setelah diusahakan pelbagai cara untuk mencari tuan punya duit ini, akhirnya tidak berjaya. Jadi BBB pergi ke masjid lalu diisi dalam tabung masjid dan diniatkan sedekah ke atas tuan punya duit ini.


Persoalannnya....Boleh ke macam tu? Pernah buat macam perkara di atas? Wantong pernah lakukan hampir-hampir macam Situasi 2...


Ustaz tu kata, sebenarnya tidak boleh buat macam tu. Cara yang betul adalah hantar duit yang jumpa tu ke pusat baitulmal selepas setahun diiklan di masjid atau ditemapat yang sesuai untuk iklan barang-barang yang hilang.


p/s: jika ada salah dan silap, sila tegur ye...

Thursday, December 23, 2010

Angkara Hasad Dengki

Yeaahhh..Kita sambung lagi tazkirah maghrib semalam...heheheh... Wantong ingin berkongsi sedikit lagi catatan dari kuliah maghrib malam tadi... Pernah diantara kita yang berhasad dengki??? Tepuk dada tanya iman. Ustaz tu beritahu, antara ustaz dan ustaz antara qari dan qari boleh berlaku hasad dengki. Hmmm...Kalau kita orang awam ni..?

Sambung ustaz tu lagi dosa pertama yang dilakukan dibumi dan syurga adalah berpunca dari perasaan hasad dengki. Mari kita renungkan rentetan peristiwa yang berlaku...

  1. Iblis ciptaan ALLAH s.w.t yang soleh sebelum ini yang telah lama dijadikan, enggan sujud pada Nabi Adam a.s yang baru dicipta.
  2. Pembunuhan pertama dimuka bumi dilakukan oleh Qabil terhadap Habil kerana korbannya tidak diterima oleh ALLAH s.w.t.
Jadi yang dihumban ke dalam neraka terlebih awal adalah berpunca dari perasaan hasad dengki. Ustaz tu berpesan lagi, antara doa yang boleh diamalkan adalah seperti berikut yang lebih kurang "Ya ALLAH jauhilah aku dari perasaan hasad dengki dan janganlah orang dengki terhadapku".

p/s: jika ada salah dan silap, tegurlah saya...

Doa tidak makbul

Yuhuu..wantong here.. Malam tadi wantong dengar kuliah maghrib di sebuah masjid. Jadi wantong adal catat isi-isi penting utnuk dikongsikan bersama. Doa tidak makbul??? Apakah puncanya...

Ustaz tu beritahu, dari Abu Laith As Samarqandhi, antara sebab doa tidak makbul ada tiga perkara...

  1. Makan benda-benda haram
  2. Ghibah (Mengumpah, ceritakan kejelikan orang)
  3. Hasad dengki
Jadi fikir-fikirkan, sampai dan amalkan.

p/s: jika ada salah dan silap, sila tegur ye...

Wednesday, December 22, 2010

2011

Yeahhh, wantong kembali setelah sudah lama tidak mengupdate blog. Sibuk yang dibuat katakan. InsyaALLAh lebih kurang 9 hari lagi nak masuk tahun 2011. Jadi sudah ada azam baru? Azam lama dah tercapai?

p/s: azam 2010 aku dah tercapai, nak tengok movie tron...yehaa

Monday, December 13, 2010

Puisi Hujan Lebat

Di kala ini hujan lebat
Singgah makan dikopitiam bersama insan tercinta
Kuey teow ginger beef ku baham, enak
Sambil tunggu kereta dicuci di snow wash dikala hujan lebat...motif ?

Friday, December 10, 2010

Malas

Malas...
Malas kerja...
Malas makan...
Malas tido...
Malas study...
Malas...malas...malas...

Sunday, December 5, 2010

???

HUJAN + AIRCOND + SEJUK + NGANTUK = PRODUKTIVITI KERJA MENURUN...???

Wednesday, December 1, 2010

11.11.11 dan 12.12.12

11.11.11
@
12.12.12

Haaa...Mungkin tarikh diatas pernah bermain-main difikiran. Ok gak dijadikan tarikh untuk nikah atau kenangan manis atau kenangan pahit atau sebagainya. InsyaALLAH, jika berkesempatan kita akan melalui tarikh-tarikh di atas. Jadi renung-renungkan. Yehaaaaaaaaaaa......Cantikkan nombor di atas?????...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails