Ini Saya

Wednesday, November 24, 2010

Petua-Habbatus Sauda

Mungkin ada diantara blogger sudah tahu kelebihan black seed ni. Jadi sebagai pengguna, wantong nak berkongsi pengalaman dalam penggunaan habbatus sauda@black seed. Sejak sekolah menengah lagi wantong mengalami gatal-gatal dimuka. Mungkin disebabkan resdung. Pada tahun 2005 atas nasihat seorang kawan wantong pun cuba makan black seed ni. Selepas seminggu, boleh dikatakan gatal-gatal dimuka dan hidung sudah hilang. Syukur, dengan izin ALLAH s.w.t.

Cara makan yang wantong amalkan adalah wantong makan 3 kali sehari, pagi, petang dan malam selepas makan (kunyah dan telan). Wantong beli black seed ni dalam gram (biji). Sekarang ni wantong cuma makan sekali sehari (kadang2 miss juga), sudah memadai bagi diri wantong. Bagi yang tinggal di Kuala Terengganu, boleh pergi ke Mydin Mall dibahagian rempah-ratus untuk mendapatkan black seed ni, insyaALLAH masih ada. Antara kelebihan yang wantong tahu antaranya adalah:

  1. Menguatkan sistem imun badan
  2. Mengelakkan penyakit batu karang

Jadi inilah serba sedikit pengalaman wantong dalam mengamalkan pemakanan black seed. Setakat ni, wantong tidak mengalami kesan buruk akibat memakan black seed. Bolehlah diamalkan. InsyaALLAH.

10 comments:

princeduyong said...

memang salah satu penawar yang ada di bumi ni...

wantong said...

to princeduyong: amalkanlah...

diana said...

rasanye macam gamat..
saye tak boleh telan la..

nadey said...

mane nk dpt??? nadey pon resdung ni!!!!!!!!!!! jerawat cpt naik ni

wantong said...

to diana: cuba telan sambil minum air

to nadey: cuba cari dikedai rempah ratus...

tiKa_AkiTa said...

nak share jgk... baru ni saya batuk teruk.. de sorang mber syorkn habatus sauda.. tp sy xthu mende tu..
then die cakap.. xpe.. biar die tlg carik... n die masak way mcm minyak urut.. suh minum.. alhamdullillah. batuk yg teruk dah xde..

LadyBird said...

black seed ni mmg bgs tuk kesihatan..
ubat segala penyakit..
3 kali sehari tu bukankah terlalu acap ke wantong?
lady mkn setiap pagi je ngn madu..

wantong said...

to tika: nice share..i like
to ladybird: huhuhu...ada rahsia disebaliknya....

dartina habeh said...

Saya tlh amalkan dgn meminum air rebusan blckseed..Alhamdulillah..cuba lah!

dartina habeh said...

To wantong..sya nk tny..lebih baik d amalkan cara rebusan atau d kunyah muntah2 blckseed tu?sbb sya amalkn merebusnya n d minum air rebusan blckseed setiap pagi sblm srpn..tnghari sblm lunch n ptg sblm dinner.sya merebusnya dlm kuantiti yg bnyk berbiji2 raftly 30gm something (dail)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails