Ini Saya

Saturday, November 27, 2010

Ikan Patin

Hmmmm...Bestnya hidangan ikan patin. Aku baru je balik dari kenduri kahwin. Cendol dan gulai ikan patin sangat best. Nikmat dan syukur.

Wednesday, November 24, 2010

Petua-Habbatus Sauda

Mungkin ada diantara blogger sudah tahu kelebihan black seed ni. Jadi sebagai pengguna, wantong nak berkongsi pengalaman dalam penggunaan habbatus sauda@black seed. Sejak sekolah menengah lagi wantong mengalami gatal-gatal dimuka. Mungkin disebabkan resdung. Pada tahun 2005 atas nasihat seorang kawan wantong pun cuba makan black seed ni. Selepas seminggu, boleh dikatakan gatal-gatal dimuka dan hidung sudah hilang. Syukur, dengan izin ALLAH s.w.t.

Cara makan yang wantong amalkan adalah wantong makan 3 kali sehari, pagi, petang dan malam selepas makan (kunyah dan telan). Wantong beli black seed ni dalam gram (biji). Sekarang ni wantong cuma makan sekali sehari (kadang2 miss juga), sudah memadai bagi diri wantong. Bagi yang tinggal di Kuala Terengganu, boleh pergi ke Mydin Mall dibahagian rempah-ratus untuk mendapatkan black seed ni, insyaALLAH masih ada. Antara kelebihan yang wantong tahu antaranya adalah:

  1. Menguatkan sistem imun badan
  2. Mengelakkan penyakit batu karang

Jadi inilah serba sedikit pengalaman wantong dalam mengamalkan pemakanan black seed. Setakat ni, wantong tidak mengalami kesan buruk akibat memakan black seed. Bolehlah diamalkan. InsyaALLAH.

Tuesday, November 23, 2010

Munif Hijjaz Perfume


Haaa...wantong nak berkongsi pengalaman wantong dalam penggunaan minyak wangi ni. Setelah berkenalan tidak sampai sebulan, performance yang diberikan tidak mengecewakan. Bau yang tahan lama, tiada alkohol dan boleh dipakai untuk solat. Berwangi-wangian itukan bagus. Yehaaa. Harga sekotak 8 ml untuk semenanjung RM 22 dan bukan semenanjung RM 25. Jenis ni adalah yang berkotak hitam. Jadi bolehlah isteri hadiahkan pada si suami sebagai ulang tahun perkahwinan. Yang belum bernikah pun boleh beli. InsyaALLAH.

Puisi Jagung


Jagung...
Ketika hujan lebat aku makan jagung
Enak
Terasa masin-masin
Mengimbau kenangan masa kecilku
Di tepi jalan, jagung dibeli dengan banyak
Jagung...
Nikmat sungguh rezeki ALLAH s.w.t
Syukur...


Sunday, November 21, 2010

Jalan-Jalan


Setelah penat round-round cari gadget di PC Fair 2010, singgah sebentar di sebuah restoran nasi ayam bagi mengisi perut yang kelaparan. Wehaaa...






Selamat menjamu selera...

Santapan Pagi

Makan roti canai sambil layan astro. Wehaa. Meh jemput makan.

Friday, November 19, 2010

Persiapan...

Haaaa, inilah diantara persiapan yang telah dilakukan sebelum menyambut ketibaan Aidiladha...Serius, aku tak terlibat pun dalam aktiviti di atas. Aku cuma rakam gambar dan makan sahaja, hehehe.. Silala jamu...




p/s: miss her so much

Tuesday, November 16, 2010

Lepak



Setelah penat bermain futsal mari lepak di Old Town White Coffee sambil makan dan minum. Yehaaa..Layan...


Selamat Hari Raya Aidil Adha

Old Town White Coffee

Buat rakan-rakan blogger, wantong ingin mengucapkan selamat berhari raya dan maaf zahir batin. Wantong mendokan agar blogger-blogger sentiasa ceria dan senyum selalu dan dipermudahkan segala urusan.
amin...

Sunday, November 14, 2010

Dinner - Mee Goreng Melayu

Ini dia hidangan untuk malam ini. Baru lepas makan tadi. Syukur, nikmat ALLAH s.w.t. Terima kasih buat awek tersayang yang masak mee ni...Yehaaa.

Lunch


Nyam-Nyam


Syukur

Mari-mari makan. Selamat lunch buat blogger-blogger...yehaaaa

Saturday, November 13, 2010

Dinner

gulai kuning telur

Nyam-nyam, marilah menjamu selera dengan gulai ni, syukur kenyang.
Terima kasih buat awek tercinta.

Back To School...



memori...



Indahnya memori ketika bersekolah dulu. Primary and secondary, nice... Pensel dan pengasah menjadi teman untuk menulis. Pemadam pun jadi alat untuk bermain. Apatah lagi dengan main tuju-tuju guli. Yehaaa.. Tidur dalam kelas pun sudah jadi amalan yang paling best, sorry cikgu...

Friday, November 12, 2010

Lunch



Buat blogger-blogger, sila makan ye...nyam2...

Wednesday, November 10, 2010

Makan-Makan






Hujan rintik-rintik sambil pekena sup sayur...huaaaa..nyam2..

Award Award



Yeahhh..dapat award lagi dari a.loqman best2, terima kasih banyak2. Saya sangat suka..yehaaaa

Sunday, November 7, 2010

Hadiah-Hadiah



Akhirnya, dapat juga ku upload hadiah dari mak...terima kasih mak, sangat sukakan hadiah ini...Rahsia ada dalam kotak tu...hehehe

Puisi Puitis

Hujan, hujan
Sejuk
Selimut dan tilam
Bantal dan cadar
Tidurlah, tidurlah
Jangan lupa gosok gigi
Jangan lupa baca doa tido

Hujan, hujan...

Hujan, hujan...

Jemur kain luar rumah
Hujan turun angkat kain
Kain yang diangkat kering
Kain yang diangkat basah

Hujan, hujan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails