Ini Saya

Tuesday, August 3, 2010

Udang galah

Pembelajaran hari ini adalah mengenai udang. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis spesis udang. antara udang yang terkenal adalah udang galah dan udang harimau. Di Jepun udang galah dipanggil dengan nama Onitenaga Obi. Kebiasaannya saiz udang galah jantan lebih besar dari udang galah betina. Berat yang sesuai untuk pasaran adalah dalam julat 70g. Apabila udang galah ni nak mengawan , udang galah akan pergi ke kawasan air yang mempunyai tahap kemasinan yang optimum julat diantara 12-15 ppt. Hebatnya ALLAh s.w.t telah menciptakan udang untuk umat manusia. Walaupun udang galah hidupnya dikawasan air tawar tetapi ia juga memmerlukan air masin untuk proses pembiakan.Yeah. Haaaa, nak tahu tak macam kita nak kenalpasti udang yang dah siap sedia untuk melepaskan telurnya? Tengoklah pada perut udang betina yang dah kembung dengan telur, kebiasaaannya mempunyai warna telur yang dah matang berwarna oren. Nama saintifik bagi udang galah adalah Macrobrachium rosenbergii.

p/s: fakta-fakta di atas adalah dari proses pembelajaran saya mengenai akuakultur, jika ada salah dan silap silalah tegur.

3 comments:

ziarah76 said...

satu fakta tambahan yg anda kena tahu mengenai udang iaitu:

"Bahawa udang tidak tahu yang dia dijadikan bahan peribahasa melayu 'ada udang disebalik batu'..."


hehehe
salam perkenalan, jom jadi follower saya.
saya pun nak jadi follower wantong

Hamzah Ian said...

bestnye kalu dapat makan udang bakar

ain fathihah said...

saya alergik udang. terpaksa abaikan udang walaupun hati memberontak nak makan..waa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails