Ini Saya

Thursday, August 19, 2010

Rahsia Kecantikan


Gambar diambil menggunakan kamera rakan


Selamat berpuasa rakan-rakan blogger. Hari ini aku nak cerita pasal rahsia kecantikan. Ahaks2... Sebenarnya bukanlah pasal kecantikan, tapi produk kesihatan yang aku sendiri pakai, sekadar berkongsi pengalaman. Yeahhhh.. Oklah, tanpa membuang masa aku mulakan penceritaan. Aku mula berkenalan dengan produk ini pada bulan puasa tahun 2008. Kalau dikira-kira sudah hampir 2 tahun aku pakai produk ini, hingga ke hari ini. Produk ni namanya MEDERMA. Mungkin para blogger boleh surf internet untuk cari pasal produk ini. Tapi di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku sebagai pengguna. Produk ini bertujuan untuk menghilangkan parut-parut di kulit (Dengan Izin ALLAH S.W.T). Sama ada parut dalam atau parut kecil. Cara penggunaannya mengikut label kat bahagian belakang produk tersebut adalah dipakai 3 kali sehari. Tapi aku tak pakai pun 3 kali sehari, aku pakai sebelum nak tidur malam je. Nasihat seorang maulana pada aku, pakai ubat yang jenis sapu pada kulit, terutamanya pada kulit wajah, lebih baik dipakai sebelum tidur malam. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin untuk mengelakkan kesan sampingan dari terkena cahaya matahari, dari segi sains maybe. Mula-mula aku pakai produk ini, aku sapu pada kulit wajah aku dengan kuantiti yang banyak, dengan harapan dapat menghilangkan parut jerawat dengan cepat. hahahahah. Akan tetapi, amatlah bodoh tindakan itu, habis gatal-gatal muka aku sampai tak boleh nak tidur. Tahniah. Jadi keesokan harinya, aku terus ke farmasi tempat di mana aku beli produk ni. Jadi aku bertanya pada amoi tu (pekerja farmasi). "Amoi, kenapa gatal muka saya bila pakai ubat ni" (sedikit rekaan pada ayat nih, heheheh). Kemudia pekerja farmasi tu cakap "jangan pakai banyak-banyak, sapu nipis-nipis saja". Selepas dari peristiwa tu, dengan izin ALLAH s.w.t sudah tiada kesan sampingan. Aku bersyukur kerana parut-parut dalam kesan dari jerawat makin hilang dari hari ke hari. Harga ubat ni aku lebih kurang dalam range RM40, aku pun tak berapa ingat dah harga sebenar. Sekembali dari oversea, kawan aku yang juga nurse lelaki (seingat akulah) menasihatkan jangan mengharapkan perubahan yang terlalu cepat, sabar dan istiqamah dalam menggunakan sesuatu produk untuk merawat penyakit selagi tiada kesan sampingan. Ini adalah usaha secara fizikal. Yeaahhh. Di samping berusaha secara fizikal, jangan dilupa berusaha secara kerohanian, antaranya adalah:

1) Solat sunat 2 rakaat (solat hajat) minta dulu dengan ALLAH untuk sembuh penyakit yang kita ada, jangan terus pergi pada ubat. Kerana sakit sihat semuanya dalm genggaman ALLAH s.w.t.

2)Yakin kena betul, bukan ubat yang menyembuhkan, yang menyembuhkan ialah ALLAH s.w.t

3) Usaha dan tawakal.

22 comments:

Aniza said...

Salam

Teringin nak nak tanya. Betul-betul berkesan ke MEDERMA ni?

Tapi benar, kalau cantik duluar, kena juga jaga kecantikan di dalam..

teratakindah said...

MEMANG BETUL!!!! PRODUK NI DOKTOR INTRODUCE KAT SAYA DULU..SAYA KEMALANGAN JALAN RAYA YANG AGAK TERUK KAT BAHAGIAN MUKA.ISI BAHAGIAN PIPI N DAGU BNYK MISSING TERSAGAT ATAS JLN RAYA.SKNG TGK LA MUKA SAYA....MMG BAGUS PRODUK NIE!!!

hani said...

ok ke klu untuk rekahan..macam nak cuba je..he3

Ogy said...

salam ziarah...letaklah muka sebelum dan selepas...lg teruja org nk try... :)

Hime said...

Saya suka statement ni:: "Yakin kena betul, bukan ubat yang menyembuhkan, yang menyembuhkan ialah ALLAH s.w.t"

Hazwan said...

to aniza: syukur, setakat ni, hingga ke hari ni, sangat berkesan.

Hazwan said...

to teratakindah: yeahhhh

Hazwan said...

to hani: untuk rekahan? ditumit kaki ke? rasanya untuk rekahan tumit ellergy maybe sesuai.

Hazwan said...

to hime: benar tuan...

Hazwan said...

to ogy: segan la pulak nak letak muka sendiri. tak nak la interframe.

CintaNajihah said...

40hnggit?? macam mahal jer.. (kt gurdian ade x?)

khalidahmacambaguss~O_o said...

macam best je ubat ni....siap ada interframe klik nuff gak eh...haha

Hazwan said...

to cinta: kat guardian ada jual, insyaALLAh.. harga sebenar saya pun x berap ingat, boleh tanye farmasi.

Hazwan said...

to khakidah: hahahah...

otoks said...

da penah gune mederma ni...mmg ok pon ^_^

Hazwan said...

otoks: yeahhh, tenkiu2...

syahir said...

saya pon guna gak menderma ..kira ok la kesan agak perlahan..yg penting sabar. produk ni xda bahan kimia,,biar lambat asalkan selamat.

Nisa' Putrajaya said...
This comment has been removed by the author.
Nisa' Putrajaya said...

salam..
saya baru pakai mederma ni..setiap kali saya pakai,mesti gatal-gatal kat muka..rasenya dah cukup nipis memakainyer..adeh..adakah kulit ini sensitip..:(

Hazwan said...

Salam nisa, wantong ni... memang mula-mula pakai akan rasa gatal-gatal sikit. Saya pun camtu gak mula-mula. Kena pakai senipis yang mungkin. Permulaan pakai, sapu ketika nak tido sahaja, selang sehari. Lepas seminggu, boleh la pakai hari-hari. Saya dah pakai hampir 2 tahun, sudah tak gatal sampai sekarang.

NOR ASMANI BT MD ZAIN said...

erm tul tu...sy pun br stat pakai seminggu. pakai kat muka nak ilangan parut jerawat. pakai nipis jer tp rs gatal2 gak....tgk parut pun dh kurang...suka sgt2

NOR ASMANI BT MD ZAIN said...

erm tul tu...sy pun br stat pakai seminggu. pakai kat muka nak ilangan parut jerawat. pakai nipis jer tp rs gatal2 gak....tgk parut pun dh kurang...suka sgt2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails