Ini Saya

Sunday, August 22, 2010

Produk Kecantikan-Biore Men


Rakan blogger yang dirahmati ALLAH s.w.t semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Hari ini kejayaan seluruh umat manusia sebenarnya dinilai sejauh mana mereka dapat taat perintah ALLAH s.w.t dan sebanyak mana mereka dapat mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan mereka.Dalam setiap amalan yang kita buat hari-hari ada tersembunyi perintah-perintah ALLAh s.w.t yang munkin kita tidak tahu. Bagaimana kita nak usaha dalm setiap amalan yang dibuat, dapat redha ALLAH s.w.t. Contoh mudah yang boleh diambil adalah adab-adab untuk masuk ke tandas melalu cara yang disampaikan oleh Nabi kita.

1) Dimulakan dengan niat kerana ALLAH s.w.t dan bacaan doa sebelum masuk ke tandas. Doa hendaklah dibaca beberapa langkah sebelum masuk ke tandas. Bukan dibaca di dalam tandas.

2) Pastikan anda menutup kepala sebelum masuk ke tandas. Topi, tuala, atau kopiah. Tudung saji pun boleh...hehehehe. kalau tidak tutup nanti syaitan berak atas kepala selain menghindarkan penyakit, insyaALLAH.

3) Cara duduk lebih kurang macam duduk mencangkung, tetapi posisi lutut sedikit berbeza. Di mana kalau buang air kecil lutut kiri ditinggikan dan lutut kanan rendahkan sambil tangan menekan pada bahagian kanan perut dan tangan kiri diletak atas kepala. Jika buang air besar pula adalah berlawan dengan cara buang air kecil. Kalau nak faham lagi, boleh tanya ustaz-ustaz yang mengamalkan ilmu mereka.

4) Jangan pandang najis tu. Boleh melemahkan otok. InsyaALLAH

5) Jangan berangan-angan di dalam tandas

6) Niat mahu segera cepat keluar dari tandas kerana tandas tempat makhluk-makhluk yang tidak nampak dengan pandangan kasar. Yehaaaa...

7) Sebelum keluar sila bersihkan segala sisa-sisa yang ditinggalkan supaya mudah untuk orang lain gunakan tandas tu.

8) Baca doa keluar tandas.

Mudahkan dan selamat beramal.

Oklah berbalik pada tajuk utama iaitu prduk kesihatan. Sebenarnya akau ingin berkongsi pengalaman aku dalam megunakan salah satu produk pencuci muka. Aku telah diuji dengan penyakit jerawat. Mungkin blogger-blogger dan para pembaca pernah mengalaminya. Aku telah menggunakan produk ini setelah dinasihati oleh seorang nurse lelaki sekembalinya aku dari luar negara. Aku telah meggunakan produk ini sejak dari tahun 2008 sehinggalah ke hari ini , 2010. Hampir 2 tahun. Syukur , sangat berkesan. Teringin juga nak pergi New York Skin Solution, tapi tidak berkemampuan. Jadi aku cari produk yang sekadar aku mampu beli tetapi berkesan dengan izin ALLAH s.w.t. Inilah produknya.




credit to google image

Jadi antara amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit adalah:

1) Sekurang-kurangnya solat hajat 2 rakaat setiap hari yang khusus dan doakan supaya ALLAH s.w.t sembuhkan penyakit. Amalan para nabi dan sahabat.

2) Berusaha bukan kerana kita yakin produk kecantikan dapat sembuhkan kita tetapi mentaati perintah ALLAH, ikut syariat dan sunnah.

3) Sabar dan tawakal.

Carilah produk yang bersesuaian denagn kulit anda. Kulit aku jenis yang berminyak. Jadi nurse lelaki tu memilihkan produk ini untuk aku kerana produk ini ada antibakteria dan khas untuk yang berjerawat dan berminyak. Selamat mencuba. Pesanan nurse lelaki itu ' jangan mengharap perubahan yang terlalu drastik, sabar dan istiqamah'. Serta jaga pemakanan, salah satu asbabkepada penyakit adalah dari makanan. InsyaALLAH

p/s: kehenseman dan kecantikan adalah milik ALLAh s.w.t

4 comments:

azilas said...

Salam...

Ok tak produk ni?
Sebelum ni pernah guna jgk tp mcm x ada perubahan pun...
Biore-men yg tulisan color blue black tu....bukan sy la....my husband.

Hazwan said...

to azilas: setakat ni, syukur tiada kesan sampingan. sangat ok kerana mempunyai antibakteria. Kebiasaannya pembengkakan jerawat dibantu oleh bakteria, insyaALLAH. Biore men color blue black tue sy x pernah cuba. Saya cadangkan pakai y seperti saya pakai, cuma jangan mengharap perubahan y terlalu drastik, sikit-sikit tetapi istiqamah. Saya dh pakai hampir 2 tahun. InsyaALLAH selamat.

Anne Boleyn said...

bagus.. ada kesedaran jgk lelaki utk jg kulit muka. kagum jap. :)

Fontonk said...

nice info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails