Ini Saya

Tuesday, August 31, 2010

Fesyen-Jubah ber'hooded'

~nah~


~Kocek tepi yang berzip~

Boleh lindungi kepala dari cahaya matahari serta menutup wajah dari melihat aweks2..har..har..har..insyaALLAH

Berzip dileher


Yeahhh..Hari ni aku nak bercerita pasal fesyen. Ahaks2. Jubah ni aku tempah waktu aku di Pakistan dulu. Dalam masa dua hari dah boleh siap jubah tuh, insyaALLAH. Fesyen berhooded ni aku copy design member aku dari Afrika Selatan. Aku ada buat beberapa jubah, tapi hari ini aku nak tunjuk sehelai dulu. InsyaALLAH. Maybe korang boleh tempah sebijik camnih untuk hari raya.

Setakat ini, jahitan mesin orang Pakistan tak mengecewakan aku. Terbaik. Harga pun murah 450 rupee. Harga Malaysia pulak korang bahagi 21 pada waktu tu la. Tapi yang uniknya, elektrik kat sana lebih kurang setiap dua jam atau satu jam sekali akan padam. Hmmmm... Pelik2.. Satu lagi, kat sana ada dua waktu jam berbeza. Aku pun tak tahu kenapa...

p/s: kisah mengenai jubah dan Pakistan akan bersambung. InsyaALLAH

Blog Award

credit to google image


Aku teringin gak nak buat blog award dan bagi kat para blogger. Wahai sahabat-sahabatku, tunjukkan pada daku, camner nak buat???...plzzzzzz... matahaw, norgadis aku pun nak bagi award pada korang gak.



Monday, August 30, 2010

India Mari 2008



Yeahhh, first time aku jejakkan kakiku dibumi India, benda pertama yang menarik perhatian aku adalah teksi. Tiba je di airport Calcutta dari Malaysia adalah waktu pagi. Seiingat aku Airport Calcutta untuk penerbangan domestik je, contohnya untuk ke New Delhi. Aku pun pelik, kenapa tak direct terus dari Malaysia ke New Delhi, sebab main airport kat New Delhi. Hmmm.

(credit to google image)

Bila dah sampai, aku carilah tandas kat airport tu, buka je pintu tandas, aku nampak benda kat bawah ni. Eh, ape kebenda nih? Camner nak basuh nih? hose takde ke? Ah sudah! Buat pertama kalinya, di tandas airport, aku jumpa benda nih. Nah basuhlah ler kau pakai bekas nih. Arghhhh. Nama benda nih 'lota'. Ala-ala bekas basuh tangan kenduri kat Malaysia. Camner sebuah airport tak pakai hose? Peliknye. Aduhai.

lota

(credit to google image)

Dekat 4 jam menunggu penerbangan domestik ke New Delhi, pelbagai ragam manusia aku tengok, termasukla pramugari 'ayam tua' (no komen). Serius, tak pernah lagi aku jumpa lalat dalam airport, tapi kat airport nih memang ada time tuh, menghurungi tong sampah yang tak tahu bila hendak dibersihkan. 4 jam dah aku tengok, duk statik camtu je penuh tong sampah tu dengan bekas makanan. Realiti atau fantasi?

Sunday, August 29, 2010

2 in 1


fuhhh..penat2.. bila penat menaip, aku blogwalking plak.. ahaks2.. payah betul nak fokus satu kerja dalam satu masa, tapi amat membantu kalau dah mengantuk tahap gaban. yehaaaa... rakan2, jom blogwalking.

Saturday, August 28, 2010

Hadiah- Part 3



Terima kasih pada cik lifer kerena menghadiahkan benda di atas... suke2..yehaaa...

Hadiah ? - Bahagian 2


Hadiah lagi...?

Friday, August 27, 2010

Berbuka

Baru je pulang dari berbuka di masjid. Sangat seronok berbuka beramai-ramai. Yehaaaa....

Hadiah-Bahagian 1








Butang baju ini dihadiahkan oleh blogger Nadia sekembalinya dia pulang dari Sarawak. Errrr, satu butang lagi mana? Opppsss... Terima kasih bebanyak. Hadiahkan yang lain plak. Saya demand giler. Har..Har..Har.. Tenkiu kepada blogger Aman kerana meminjamkan kameranya untuk ambil gambar ni. Yehaaa...

Aku mahu jadi seorang gamer yang terhebat


Yeahhhhh... Teringin aku nak join pertandingan dunia FIFA football ngan Pro Evolution Soccer. Serius aku jeles dengan dengan gamers yang dapat join event tuh. Nak masuk event nih taklah mudah. Siap ada sponser lagi. Antara game yang paling aku suka adalah PES. Aku berkenalan ngan PES ni sejak sekolah menengah lagi. Sejak dari secondary, aku tak tau dah berapa banyak joystick aku yang rosak. Nak dapat skill atau nak mahir game nih kena main hari-hari. Amat membantu. InsyaALLAH.

Sampai sekarang pun aku main lagi. Tahun lepas ada dua orang mamat foreigner ni, dari Amerika dan Indonesia, aku selalu lawan ngan diorang, sangat best. Yeahhh, aku menang. Sekarang nih aku selalu beradu tenaga ngan blogger Hafiz dan pojan. Sangat best. Tapi setakat nih, opponent yang paling hebat dan paling sukar untuk aku tewaskan adalah adik aku sendiri. Adik lelaki aku takde blog lagi. Maybe aku akan suruh die berblog jugak. Pernah jugak aku ajar cik lifer main game bola. World gamers yang hebat pun berlatih hari-hari. Oleh kerana bulan puasa dan sibuk nak siapkan tesis, aku kurang bermain PES. Lebih baik perbanyakkan ibadah.....kan.

Thursday, August 26, 2010

WOW

Pagi tadi aku pergi Mydin Mall Terengganu, aku dengan cik lifer jalan-jalan cari kedai jam, nak baiki jam yang pura-pura rosak. wakaka. Habis window shopping, aku ngan cik lifer menerjah promosi tv panasonic. First time aku tengok tv 3D Full HD keluaran Panasonic, tak dipasarkan lagi rupa-rupanya. Memang best, aku rasa nak beli time tuh gak, tapi tak dipasarkan lagi. Cuma kena pakai Cermin mata 3D yang khas, bukan macam yang kat cinema tau. Canggih lagi. Dapat la aku try benda nih ngan cik lifer selama 3 minit sambil tonton iklan Grand Canyon. Jom beli benda nih. Dapat la cenderamata kat atas tuh. Yehaaa...

Makan Telur

image:credit to google


Hari ini aku makan telur ayam denagn jumlah yang agak banyak waktu sahur, perghhh... Obsesnya aku untuk menambah berat badan. Mana taknya, aku underweight. Wakakaka. Setelah macam-macam usaha dah aku buat, usaha yang terbaru adalah makan telur hari-hari. InsyaALLAH. Yehaaa... Sodap bang..!

Wednesday, August 25, 2010

Godaan Lagi?

Silakan ye...

Hati Tidak Bahagia...?

Anda bahagia?

1. Pemarah

2. Pendendam

3. Hasad dengki

4. Bakhil

5. Tamak

6. Tidak sabar

7. Ego

8. Riak

9. Cinta dunia

Mungkin ini adalah diantara penyebab hati tidak bahagia. Semoga dibulan yang mulia ini dapat kita buang sifat-sifat mazmumah dan menambahkan sifat-sifat mahmudah. Teringat plak kat lagu nasyid kumpulan Hijjaz.


Sifat Mahmudah

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata


sumber: majalah maskulin

Tuesday, August 24, 2010

Racun Plastik

image:credit to google


Ahaaaa...Botol... Yup, ini botol... Plastik polikarbonat (plastik keras) dihasilkan dari BPA (bisphenol A) digunakan dalam pembuatan botol minuman kitar semula dan botol susu bayi. Kuat dan tahan lama, tetapi jika digunakan berulang kali boleh mengakibatkan kebocoran bahan kimia kedalam makanan atau minuman dari botol tersebut. Hmmm. Macam bahaya. Mungkin kita boleh tukar dari beli air minuman yang dalam botol, kita beli yang dalam kotak. Ok jugak tuh. Lebih baik pilih makanan atau buah yang segar dari yang dibotolkan atau ditinkan. Satu lagi, bekas plastik yang mempunyai kod kitar semula no. 3 atau no. 7 mungkin mengandungi BPA. Jadi carilah yang bebas BPA. Yehaaaa.

sumber: Reader's Digest, August 2010. (Nak tahu lebih lanjut belilah RD, tolong promote lak, heheh)

Makan

Anas bin Malik r.a meriwayatkan: " Rasulullah s.a.w tidak pernah makan di atas meja dan tidak pula meggunakan piring kecil. Badinda pula tidak pernah dijamu roti yang diperhaluskan. ". Yunus (salah seorang periwayat hadis ini) berkata." saya bertanya kepada Qatadah,'Lalu di atas apakah mereka makan?" Ia menjawab: Di atas sufrah (kulit atau kain yang dihamparkan) semacam ini." (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad).

sumber: majalah solusi, isu no. 22

Tertarik aku untuk aku berkongsi hadis ini dengan para blogger. Mari kita sama-sama mengamalkan sunnah Nabi walaupun satu sunnah. Semoga diberi taufik dan hidayah dari ALLAH s.w.t untuk mengamalkan sunnah dan beristiqamah.

Komputer Lama

Besarkan komputer tu...?

Monday, August 23, 2010

Godaan

dahaga...

lapar...

tergoda...?

Sunday, August 22, 2010

Masjid

(Masjid terapung)

Marilah kita mengimarahkan masjid...

Produk Kecantikan-Biore Men


Rakan blogger yang dirahmati ALLAH s.w.t semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Hari ini kejayaan seluruh umat manusia sebenarnya dinilai sejauh mana mereka dapat taat perintah ALLAH s.w.t dan sebanyak mana mereka dapat mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan mereka.Dalam setiap amalan yang kita buat hari-hari ada tersembunyi perintah-perintah ALLAh s.w.t yang munkin kita tidak tahu. Bagaimana kita nak usaha dalm setiap amalan yang dibuat, dapat redha ALLAH s.w.t. Contoh mudah yang boleh diambil adalah adab-adab untuk masuk ke tandas melalu cara yang disampaikan oleh Nabi kita.

1) Dimulakan dengan niat kerana ALLAH s.w.t dan bacaan doa sebelum masuk ke tandas. Doa hendaklah dibaca beberapa langkah sebelum masuk ke tandas. Bukan dibaca di dalam tandas.

2) Pastikan anda menutup kepala sebelum masuk ke tandas. Topi, tuala, atau kopiah. Tudung saji pun boleh...hehehehe. kalau tidak tutup nanti syaitan berak atas kepala selain menghindarkan penyakit, insyaALLAH.

3) Cara duduk lebih kurang macam duduk mencangkung, tetapi posisi lutut sedikit berbeza. Di mana kalau buang air kecil lutut kiri ditinggikan dan lutut kanan rendahkan sambil tangan menekan pada bahagian kanan perut dan tangan kiri diletak atas kepala. Jika buang air besar pula adalah berlawan dengan cara buang air kecil. Kalau nak faham lagi, boleh tanya ustaz-ustaz yang mengamalkan ilmu mereka.

4) Jangan pandang najis tu. Boleh melemahkan otok. InsyaALLAH

5) Jangan berangan-angan di dalam tandas

6) Niat mahu segera cepat keluar dari tandas kerana tandas tempat makhluk-makhluk yang tidak nampak dengan pandangan kasar. Yehaaaa...

7) Sebelum keluar sila bersihkan segala sisa-sisa yang ditinggalkan supaya mudah untuk orang lain gunakan tandas tu.

8) Baca doa keluar tandas.

Mudahkan dan selamat beramal.

Oklah berbalik pada tajuk utama iaitu prduk kesihatan. Sebenarnya akau ingin berkongsi pengalaman aku dalam megunakan salah satu produk pencuci muka. Aku telah diuji dengan penyakit jerawat. Mungkin blogger-blogger dan para pembaca pernah mengalaminya. Aku telah menggunakan produk ini setelah dinasihati oleh seorang nurse lelaki sekembalinya aku dari luar negara. Aku telah meggunakan produk ini sejak dari tahun 2008 sehinggalah ke hari ini , 2010. Hampir 2 tahun. Syukur , sangat berkesan. Teringin juga nak pergi New York Skin Solution, tapi tidak berkemampuan. Jadi aku cari produk yang sekadar aku mampu beli tetapi berkesan dengan izin ALLAH s.w.t. Inilah produknya.




credit to google image

Jadi antara amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit adalah:

1) Sekurang-kurangnya solat hajat 2 rakaat setiap hari yang khusus dan doakan supaya ALLAH s.w.t sembuhkan penyakit. Amalan para nabi dan sahabat.

2) Berusaha bukan kerana kita yakin produk kecantikan dapat sembuhkan kita tetapi mentaati perintah ALLAH, ikut syariat dan sunnah.

3) Sabar dan tawakal.

Carilah produk yang bersesuaian denagn kulit anda. Kulit aku jenis yang berminyak. Jadi nurse lelaki tu memilihkan produk ini untuk aku kerana produk ini ada antibakteria dan khas untuk yang berjerawat dan berminyak. Selamat mencuba. Pesanan nurse lelaki itu ' jangan mengharap perubahan yang terlalu drastik, sabar dan istiqamah'. Serta jaga pemakanan, salah satu asbabkepada penyakit adalah dari makanan. InsyaALLAH

p/s: kehenseman dan kecantikan adalah milik ALLAh s.w.t

Friday, August 20, 2010

Makan-Makan


jamu mata ye...

nyam-nyam...

Thursday, August 19, 2010

Rahsia Kecantikan


Gambar diambil menggunakan kamera rakan


Selamat berpuasa rakan-rakan blogger. Hari ini aku nak cerita pasal rahsia kecantikan. Ahaks2... Sebenarnya bukanlah pasal kecantikan, tapi produk kesihatan yang aku sendiri pakai, sekadar berkongsi pengalaman. Yeahhhh.. Oklah, tanpa membuang masa aku mulakan penceritaan. Aku mula berkenalan dengan produk ini pada bulan puasa tahun 2008. Kalau dikira-kira sudah hampir 2 tahun aku pakai produk ini, hingga ke hari ini. Produk ni namanya MEDERMA. Mungkin para blogger boleh surf internet untuk cari pasal produk ini. Tapi di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku sebagai pengguna. Produk ini bertujuan untuk menghilangkan parut-parut di kulit (Dengan Izin ALLAH S.W.T). Sama ada parut dalam atau parut kecil. Cara penggunaannya mengikut label kat bahagian belakang produk tersebut adalah dipakai 3 kali sehari. Tapi aku tak pakai pun 3 kali sehari, aku pakai sebelum nak tidur malam je. Nasihat seorang maulana pada aku, pakai ubat yang jenis sapu pada kulit, terutamanya pada kulit wajah, lebih baik dipakai sebelum tidur malam. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin untuk mengelakkan kesan sampingan dari terkena cahaya matahari, dari segi sains maybe. Mula-mula aku pakai produk ini, aku sapu pada kulit wajah aku dengan kuantiti yang banyak, dengan harapan dapat menghilangkan parut jerawat dengan cepat. hahahahah. Akan tetapi, amatlah bodoh tindakan itu, habis gatal-gatal muka aku sampai tak boleh nak tidur. Tahniah. Jadi keesokan harinya, aku terus ke farmasi tempat di mana aku beli produk ni. Jadi aku bertanya pada amoi tu (pekerja farmasi). "Amoi, kenapa gatal muka saya bila pakai ubat ni" (sedikit rekaan pada ayat nih, heheheh). Kemudia pekerja farmasi tu cakap "jangan pakai banyak-banyak, sapu nipis-nipis saja". Selepas dari peristiwa tu, dengan izin ALLAH s.w.t sudah tiada kesan sampingan. Aku bersyukur kerana parut-parut dalam kesan dari jerawat makin hilang dari hari ke hari. Harga ubat ni aku lebih kurang dalam range RM40, aku pun tak berapa ingat dah harga sebenar. Sekembali dari oversea, kawan aku yang juga nurse lelaki (seingat akulah) menasihatkan jangan mengharapkan perubahan yang terlalu cepat, sabar dan istiqamah dalam menggunakan sesuatu produk untuk merawat penyakit selagi tiada kesan sampingan. Ini adalah usaha secara fizikal. Yeaahhh. Di samping berusaha secara fizikal, jangan dilupa berusaha secara kerohanian, antaranya adalah:

1) Solat sunat 2 rakaat (solat hajat) minta dulu dengan ALLAH untuk sembuh penyakit yang kita ada, jangan terus pergi pada ubat. Kerana sakit sihat semuanya dalm genggaman ALLAH s.w.t.

2)Yakin kena betul, bukan ubat yang menyembuhkan, yang menyembuhkan ialah ALLAH s.w.t

3) Usaha dan tawakal.

Wednesday, August 18, 2010

Mari berbuka

yeahhhh...

wow...


yaaa...



nooooo....


nyam-nyam




Tuesday, August 17, 2010

Hai Peng Kopitiam



Best nih...


Jangan tergoda...


Tahan-tahan...

Sunday, August 15, 2010

Nasi Kandar


Dulu-dulu, aku ingat Nasi kandar nih macam nasi ayam. Lebih kurang ada satu jenis lauk yang speciallah kiranya. Tapi rupa-rupanya bukan macam tu. Lebih kurang macam makan nasi berlauk. Oh~

Saturday, August 14, 2010

Off

Oh, hampir lima hari aku tidak berblog kerana pulang ke kampung halaman sempena ramadhan...yeahhh..hari ni mahu walk2

Tuesday, August 10, 2010

Case Study

Kes 1

Adakah esok akan puasa...? hehehehe

Kes 2

Masuk bilik study ada bau yanag yang menusuk kalbu. Teka bau apa? The clue is, tajam-tajam dan tidaklah bulat sangat...

Saturday, August 7, 2010

Puasa Ganti

Siapa yang belum puasa ganti lagi, silakan... Ramadhan sudah hampir tiba, insyaALLAH.

Thursday, August 5, 2010

Is That True

Is that true people pays to feel good? Any comment...?

Tuesday, August 3, 2010

Udang galah

Pembelajaran hari ini adalah mengenai udang. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis spesis udang. antara udang yang terkenal adalah udang galah dan udang harimau. Di Jepun udang galah dipanggil dengan nama Onitenaga Obi. Kebiasaannya saiz udang galah jantan lebih besar dari udang galah betina. Berat yang sesuai untuk pasaran adalah dalam julat 70g. Apabila udang galah ni nak mengawan , udang galah akan pergi ke kawasan air yang mempunyai tahap kemasinan yang optimum julat diantara 12-15 ppt. Hebatnya ALLAh s.w.t telah menciptakan udang untuk umat manusia. Walaupun udang galah hidupnya dikawasan air tawar tetapi ia juga memmerlukan air masin untuk proses pembiakan.Yeah. Haaaa, nak tahu tak macam kita nak kenalpasti udang yang dah siap sedia untuk melepaskan telurnya? Tengoklah pada perut udang betina yang dah kembung dengan telur, kebiasaaannya mempunyai warna telur yang dah matang berwarna oren. Nama saintifik bagi udang galah adalah Macrobrachium rosenbergii.

p/s: fakta-fakta di atas adalah dari proses pembelajaran saya mengenai akuakultur, jika ada salah dan silap silalah tegur.

Perna viridis

Hari ini aku nak cerita pasal green mussel. Nama tempatan di Filipina adalah Ta Hong. Manakala di Thailand pula adalah Hoy Maeng pu. Haiwan ni hidup di batuan di laut. Makanannya adalah fitoplankton. Hmmmm. Nak tahu lebih lanjut cuba-cuba surf dalam mana-mana website.

Makan

Nah, makan ni...

Monday, August 2, 2010

Arsenal VS Celtic

Arsenal menang terhadap Celtic dengan jaringan 3-2...Chaiyok2...

Sunday, August 1, 2010

Arsenal vs AC Milan

Keputusan perlawanan adalah Arsenal seri dengan AC Milan, 1-1 ... Chamakh menjaringkan gol. Oklah tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails