Ini Saya

Thursday, July 29, 2010

Kahwin Awal

Aku sangat menyokong MAIM Melaka telah meluluskan 2 resolusi yang sangat bagus untuk para remaja :
1-Menggalakkan remaja yang berkemampuan berkahwin awal
2-Membenarkan pelajar yang mengandung meneruskan persekolahan mereka

Apa yang ditunggu lagi para remaja, rebutlah peluang ini. Yehaaaaaa........


p/s: sumber dari http://mstar.com.my/

Wednesday, July 28, 2010

Garam

Bila nak tengok cerita pasal garam ni...


garam dalam english apa ye?

Saturday, July 24, 2010

Study

Belajar rajin-rajin

Jangan malas-malas

Thursday, July 15, 2010

Aku Gangster Part 4 - Match

Dari utara ke barat, dari selatan ke timur, sudah puas aku mencari, ke mana perginya Si Ketot. Getus hatiku " Ko tahu tak Si Ketot, malam ni kita ada perlawanan yang sangat penting, waktu genting macam ni, boleh pulak kau pergi melarikan diri". Zagor akan membuat perhitungan dengan aku hari ini. Siaplah kau Zagor, ko ingat kau hebat...? Di gelanggang Sekapur Sirih Bujur Putih kita akan berlawan beradu kekuatan. Aku dengan Si Ketot dan kau bersama Si Jambu akan berentap untuk merebut Piala Guli-Guli Sedunia.

Tuesday, July 13, 2010

Aku Gangster Part 3

Sedang aku menelaah buku di Perpustakaan Batu Telangkup, tiba-tiba terdengar satu bunyi yang menusuk kalbu...Pecerittttttt... Cis! Makcik kat meja depan kentut merata-rata. Kentut keluar air kot?

Friday, July 9, 2010

Aku Gangster Part 2

Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab kelaparan. Perut aku dah bernyanyi-nyanyi seawal 4 pagi. Aku Rodhi Jordi, hero Kampung Mempelam Sedap Sekali memang sentiasa lapar. Buka je pintu depan rumah tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan memanggil "Jambol, oh Jambol", "Jambol, oh Jambol". Getus hatiku, "Jambol"? Ada ke zaman sekarang ni orang pakai nama Jambol?. Rupa-rupanya Makcik Yuyu yang berumur 1 abad sedang mencari ayamnya yang hilang. Jambol tu ayam rupanya.

Thursday, July 8, 2010

Udang

Udang

Sunday, July 4, 2010

Aku Gangster Part 1

Akulah gangster Kampung Mempelam Sedap Sekali. Namaku Rodhi Jordi. Umur? Maaf, rahsia. Di kampung ini siapa yang tidak kenal aku. Mungkin di bumi aku terkenal dengan keganasan aku, tapi di langit? Pagi-pagi lagi aku dah bangun subuh, nak pergi curi telur ayam, dekat reban Pak Likup. Maklumlah, buat omelette sedap jugak pagi-pagi ni. Tidak kira halal haram, aku redahkan je.

Friday, July 2, 2010

Hujan

Hujan pagi di sini. Sejuk dan nyaman sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Alangkah indahnya. Kalau beginilah indahnya dunia ALLAh s.w.t hiaskan, bagaimana pula rupa syurga yang menanti di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails