Ini Saya

Sunday, December 20, 2009

Kencing tidak lawas?

Buang air kecil tidak lawas

Soalan

SEJAK dua bulan kebelakangan ini saya mengalami masalah membuang air kecil tidak lawas dan kerap berasa tidak puas membuang air kecil. Untuk pengetahuan doktor, saya berumur lingkungan 25 tahun dan belum berkahwin.Mengenai masalah saya, setiap kali selepas membuang air kecil, akhirnya akan berwarna keruh seakan-akan air mazi manakala membuang air besar, air kencing keluar diakhiri dengan cecair pekat seperti air mani.Adakah itu satu penyakit sindrom yang boleh menjadikan sperma tidak normal, mandul, mati pucuk atau radang? Adakah saya boleh rujuk dengan doktor biasa?

Jawapan

Jarang kencing tidak lawas berlaku kepada lelaki muda. Ini boleh berlaku apabila pundi prostat mengalami keradangan dan ini ada kaitan dengan infeksi.Namun sebilangan besar daripada masalah kencing tidak tus untuk lelaki muda disebabkan masalah disfungsi pundi kencing. Ini berlaku akibat amalan suka menahan kencing. Jadi apabila pundi kencing tertekan, ia meragam!Jadi untuk permulaan, jangan tahan kencing berpanjangan.
Elok kencing sebelum berjalan jauh atau henti kencing apabila terasa. Memang biasa untuk kencing kerap apabila minum lebih atau ketika cuaca atau alam sekitaran sejuk.Jika sudah buat semua itu tapi tidak juga kurang, elok jumpa doktor untuk menjalani ujian air kencing kerana keradangan pundi kencing akibat infeksi juga boleh menyebabkannya berlaku!Memang perkara biasa untuk kebanyakan lelaki mengeluarkan sedikit cecair keruh macam air mani atau air mazi pada akhir setiap kali meneran kencing dan cecair itu sebenarnya ialah cecair daripada pundi cowper.Ia bukan penyakit dan tidak perlu buat apa-apa kerana cecair sama keluar ketika meneran membuang air besar juga cecair daripada pundi cowper.
Jika ia kelihatan kekuningan, mungkin ia campuran dengan cecair dari pundi seminal dan jika berwarna putih kelabu mungkin ada campuran cecair dari pundi prostat.Kadangkala melurut zakar selepas selesai kencing juga akan ada cecair likat dan jernih di hujung zakar. Ini ialah cecair dari pundi yang ada dalam mukosa salur kencing.Pundi ini memberi kelembapan dalam salur kencing. Jadi jangan urut zakar banyak kali selepas kencing, nanti air mazi keluar pula!Dalam pandangan Islam, air mazi berkenaan ialah najis dan jika terkeluar ketika solat, sudah tentu air sembahyang terbatal.Jadi jika hendak elak daripada solat menjadi tidak sah, seelok-eloknya jangan meneran ketika buang air besar atau air kecil sebelum ambil air sembahyang dan lebih elok membuang najis macam biasa dan selepas selesai dan rasa selesa serta tiada cecair keluar dari lubang kencing, baru ambil air sembahyang.
Harian Metro, Sakit Tuan, 20/12/2009

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang kencing tidak lawas di SIHAT SELALU - Masalah Kencing Tidak Lawas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails