Ini Saya

Tuesday, November 17, 2009

Segar

Penatnya hari ni. Bermain dengan pelbagai alatan di makmal. Sungguh mengasyikkan. Seketika kemudian, habis sahaja kerja di makmal terusku bersolat zohor. Hari ini agak lewat menunaikan solat zohor. Sejak 2-3 bulan ni, sudah beberapa kali dapat panggilan untuk ditemuduga. Hmmm, membuatku berfikir sejenak, pergi atau tidak. Bagaimana dengan masterku kalau aku berjaya dalam temuduga tersebut? Ayahku selalu nasihat, fokus pada yang satu, jangan pening-pening, habiskan master dahulu. Hatiku sentiasa berbolak-balik. Sukarnya hendak buat keputusan dalam hidup. Ya Allah, tetapkanlah hatiku. Amin.

Bacaan jurnal yang sedikit akibat sikap diri yang malas atau kehilangan momentum setelah memulakan langkah sering terjadi. Ngeh2. Perlahan-perlahan, jika tergesa-gesa ditakuti satu apa pun tidak dapat, jika terlalu lambat, ditakuti memakan diri. Fokus, aku hilang fokus sebab mengantuk. Jika bermain game PES 2010, aku tidak suka kalah, jadi aku perlu segarkan diri dari mengelak kekalahan. Pedihnya tewas bermain game bola, sangat menyakitkan. Akan tetapi, bila menang, aku sangat gembira. Apabila bermain game bola dengan bukan orang Malaysia aku perlu fokus supaya nama Malaysia tidak dimalukan. Sekarang PES 2010 di sini sudah menjadi world. Hmmm.. Hmmm.. Hmmm..

Sedihnya aku bila mengetahui Van Persie cedera. Kerisauan mula bermain dimindaku, macamnya dengan team aku dalam epl fantasy soccer? Susanya nak pilih pemain yang hebat dan konsisten dalam markahnya. Ada bantuan dan candangan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails