Ini Saya

Saturday, September 12, 2009

Lupa Doa Qunut

Waktu dulu2 time sekolah rendah, aku ingatkan doa qunut tuh wajib, hikhikhik. Mungkin asyik duk baca komik dragon ball bawah meja time ustaz ngajor time kelas fardhu ain. Pastuh memang selalu la aku solat semula bila terlupa nak baca doa qunut. Sebenarnya x perlu pun solat semula. Padan muka diri sendiri, buat penat solat semula. Hehehehe. Bile time sekolah menengah, time tuh form 3, baru aku tahu yang kalau lupa nak sujud sahwi sebab lupa doa qunut, tidak membatalkan solat. Biasanye solat subuh la kan. Ustazah aku yang bagitau. Ape entah name die, lupa dah. Hehehe
S:Kalau terlupa baca doa qunut, apa yang perlu dilakukan?
J:Sujud sahwi la.. 2 kali ok, sebelum salam tahiyat akhir.
S:Kalau terlupa nak sujud sahwi, camner nak buat tuh?
J:Kalau terlupa nak sujud sahwi, xpe la, tidak membatalkan solat, sah solatnya.
S:Nape?
J:Doa qunut, sunat je.
Ape yang penting perlu diketahui berkaitan ngan solat fardhu adalah yang mana satu perbuatan wajib dan yang mane satu perbuatan sunat. Bezakan antara dua ini. Jika dah dapat bezakan, maka mudahlah. InsyaALLAH.
p/s: Aku pun tanye ustaz aku gak pasal doa qunut nih. Aku cuma nak berkongsi something menurut kadar pemahaman aku sebagai seorang biasa. Jika ade salah dan silap, tolong betulkan. Amal dan sampaikan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails